Shinee - Minho Ayish Farys HereBlogger: 2014

Welcome to my blog

about me

Khamis, 7 Ogos 2014

FOLIO IBNU SINA DAN PETA MINDA PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 2


SEMESTER 2 – TAMADUN  ISLAM

Ibnu Sina


STANDARD KANDUNGAN
Ibnu Sina.
STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan sejarah ketokohan Ibnu Sina

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.
2.     Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina
3.     Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.
4.     Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
5.     Menerangkan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.
6.     Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menghasilkan inovasi

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Nama sebenar al Husain bin Abdillah bin Al Hasan bin Ali bin Sina
2.     Berketurunan Turki
3.    Lahir pada 370 Hijrah/980 Masihi di Afshanah Bukhara,Turkistan.
4.     Meninggal dunia pada tahun 428H / 1037 M di Hamazan Iran

KRITERIA PENCAPAIAN 
Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina
1.     Tekun mempelajari ilmu
2.     Taat beragama dan sering berdoa
3.     Pintar dan cerdik
4.     Kreatif dan inovatif

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.
1.     Mempelajari dan menghafaz al Quran sejak kecil
2.     Mempelajari pelbagai bidang ilmu dari ramai guru
3.     Membaca dan mengkaji berkenaan metafizik karangan Aristotle

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
1.      Dalam bidang ilmu dan pemikiran
a)    Menghasilkan lebih 116 karya dalam pelbagai bidang ilmu dalam Muallafat Ibnu   Sina
b)   Semua buku tersebut dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah
c)     Semua buku tersebut diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Liga Arab
d)    Sebuah Institusi Pendidikan di Hungary dinamakan ‘Avicenna College’

2.      Dalam bidang perubatan
a)    Penemuan penyakit baru dan puncanya seperti pengaruh kuman,jangkitan virus sepeti TB,penyakit         Rubella,alahan,cacar dan penyakit jiwa
b)   Penemuan dalam bidang farmasi seperti mencipta ubat bius,menghasilkan ubat dan priskripsi yang mujarab untuk penyakit kronik
c)    Membangunkan teknologi perubatan seperti mencipta benang untuk menjahit luka dan picagari
d)   Mengarang kitab Al Qanun Fi Tibb iaitu kitab yang menghuraikan ilmu berkaitan perubatan yang diterjemahkan sebagai ‘Canon of Medicine” digunakan sebagai rujukan utama dala bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Frankfurt di Jerman,Universiti Paris dan Universiti Oxford.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.
1.     Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
2.     Rajin membaca,menyelidik,membuat kajian dan menganalisis ilmu
3.     Mendokumentasikan hasil kajian untuk rujukan orang lain

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menghasilkan inovasi
Nilai :
Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu

CADANGAN AKTIVITI
1.     Membuat kerja kursus
2.     Kajian perpustakaan
3.     Perbincangan dalam kumpulan

CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Nyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.
2.     Nyatakan sifat peribadi Ibnu Sina yang wajar diteladani oleh seorang pelajar.
3.     Senaraikan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
4.     Membuat folio lengkap tentang riwayat hidup dan sumbangan Ibnu Sina terhadap tamadun Islam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETA MINDA


Akidah Sem 2
AKIDAH SEMESTER 2 
KONSEP PAHALA, DOSA DAN TUNTUTAN TAUBAT 

Bahagian 1
Pelajar dapat :
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat
a. Menjelaskan konsep pahala dan dosa
b. Menyatakan pengertian pahala dan contoh
c. Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh
d. Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa
e. Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa

1. Menyatakan pengertian pahala dan contoh 
• Ganjaran yang dikurniakan Allah kepada mereka yang melakukan kebajikan dan mentaati perintahNya.
• Contohnya : Mendapat pahala apabila menunaikan solat
• Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya
• Contohnya : Balasan dosa kerana minum arak atau menderhakai ibu bapa

2. Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh 

Dosa besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.
Contohnya : Membunuh, minum arak dan mencuri Menderhakai ibu bapa, mengumpat dan memakan riba

Dosa kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat Contohnya : Melihat aurat bukan mahram, bercakap perkara tidak berfaedah

3. Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.

1. Bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan kebajikan.
2. Takut melakukan perbuatan maksiat dan perkara jahat.
3. Berusaha menambahkan ilmu untuk mengetahui perkara yang disuruh atau yang ditegah.

4. Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa 
  • Berbakti kepada ibu bapa dan guru. 
  • Sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakan. 
  • Melazimi istigfar. 
  • Menjauhi tempat-tempat yang terdapat unsur maksiat. 
  • Menjauhi rakan-rakan yang tidak berakhlak. 


Soalan :
1. Nyatakan pengertian pahala dan berikan contoh.
2. Jelaskan pembahagian dosa beserta contoh.
3. Jelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.

Bahagian 2:
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat
Pelajar dapat :
1. Menjelaskan dosa:
1. Menderhaka ibu bapa
2. Zina
3. Arak dan dadah
4. Riba
5. Judi
6. Mencuri
7. Memfitnah

2. Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.
3. Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut
4. Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut
5. Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia

1. Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut
Menderhaka ibu bapa : Tidak mentaati perintah ibu bapa yang tidak bertentangan syarak, menyinggung perasaan dan berlaku kasar terhadap ibu bapa.

Zina : Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.

Arak dan dadah :
 Sejenis minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang di peram. Dadah ialah sejenis bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya fikir.

Riba : Pertambahan bayaran atau faedah dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis dan pertukaran matawang.

Judi : Pertaruhan yang melibatkan wang atau barangan.

Mencuri : Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin.

Memfitnah : Menuduh seseorang tanpa bukti.

2. Kesan melakukan dosa-dosa tersebut 
  • a. Mendapat balasan dosa dan akan diazab di akhirat. 
  • b. Menjatuhkan maruah diri, keluarga dan masyarakat. 
  • c. Menghilang kewarasan akal. 
  • d. Memecahbelahkan masyarakat dan memutuskan ikatan silaturahim. 


3. Cara menghindari perlakuan tersebut
a. Mendalami ilmu agama dan ketakwaan kepada Allah SWT.
b. Memilih rakan yang baik dan berakhlak mulia.
c. Meningkatkan amal ibadah dan menjauhkan amalan negatif.
d. Melazimi istighfar dan berdoa agar dijauhkan daripada dosa.

4. Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia
a. Sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberi.
b. Melazimi taubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.
c. Menjaga batas pergaulan dan memilih rakan yang baik.

Soalan :
1. Nyatakan pengertian dosa-dosa di bawah:
2. Menderhaka ibu bapa – • Zina - • Arak dan dadah - • Riba - • Judi - • Mencuri - • Memfitnah –
3. Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.
4. Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.
5. Menyediakan folio kesan-kesan judi dan zina dalam masyarakat.

Bahagian 3
Menjelaskan tuntutan taubat
a. Menyatakan pengertian taubat
b. Menjelaskan syarat-syarat taubat
c. Menjelaskan hikmah taubat
d. Melafazkan istighfar dengan betul
e. Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan

1. Pengertian taubat
Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya.


Maksunya: Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya..

2. Syarat-syarat taubat 
  1. Menyesal terhadap dosa yang dilakukan.
  2. Berhenti melakukan dosa. 
  3. Berazam tidak akan mengulanginya. 
  4. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain. 


3. Hikmah taubat 
  1. Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kepada Allah SWT. 
  2. Memberi ketenagan hati setelah bertaubat. 
  3. Mendapat keampunan dosa dan petunjuk Allah SWT. 
  4. Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Akan dikasihi oleh Allah SWT. 
  5. Mengembalikan ikatan silaturahim sesama manusia.

4. Melafazkan istighfar dengan betul Membaca lafaz: 

                            


5. Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan 


  • Mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara dosa. 
  • Mengamalkan istighfar dan taubat dalam kehidupan.