Shinee - Minho Ayish Farys HereBlogger: Julai 2013

Welcome to my blog

about me

Isnin, 15 Julai 2013

Birthday -Fatyn Syafikah Fadzil

Dear my blog,

malam ni tepat pukul 12 malam,, adalah hari selasa 16 julai 2013,, so maknanya hari lahir akak aku yang ke-28 tahun, dah tua dah rupanya, ermmm ,, jap nak upload gambar dia jap..


nie lah kak aku, nama dia fatin syafikah, just call atyn jer,,, walaupun dia tak la secomel kak ton kan,, tapi tetap comel bagi ku la,, kalau orang lain tak tahu la,, 

so sekarang ni bersempena dengan birthday dia aku dah bermacam-macam da cari sofware nak edit n buat video untuk dia,,, tapi banyak yang tak berjaya, ada yang sofware tak boleh download la ada yang tak boleh download n save la walaupun aku da edit cun da video tu, tapi nak wat cam mana kan da tak boleh download, kita redha jer la,,, esok petang ; aku dah dapat tahu da bahawa dia tak ada at umah, sebab dia pergi berbuka ngan kawan baek dia n akak angkat aku kan,, nak tengok gambar dia,, nanti payish upload kan yer,,, sabor jer lah,,
 kawan die nie pulak nama dia izza nabiela, tapi boleh jer panggil kak ton,, dua orang ni esok, mungkin ada at KFC gurun,,kalau korang jumpa dua orang nie korang wish lah birthday at yang pakai tudung tu,,,, 

ok,, conclutionnya di sini payish just nak wish birthday dia jer, happy birthday buat kakak tercinta ~Fatin Syafikah Fadzil~ from me,,, ~Faris Syazwan Fadzil

Nie ada payish sempat buat video at die sikit,,


Ayish Faris Here'Blog


Selasa, 9 Julai 2013

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Bulan Ramadhan
Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Lafaz niat puasa 


Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013 
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Doa berbuka puasa


niat buka puasa 3 jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2013 1434h malaysia
Doa Berbuka Puasa
Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Doa Selepas Berbuka Puasa



Ayish Faris Here'Blog