Shinee - Minho Ayish Farys HereBlogger

Welcome to my blog

about me

Khamis, 7 Ogos 2014

FOLIO IBNU SINA DAN PETA MINDA PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 2


SEMESTER 2 – TAMADUN  ISLAM

Ibnu Sina


STANDARD KANDUNGAN
Ibnu Sina.
STANDARD PEMBELAJARAN
Menjelaskan sejarah ketokohan Ibnu Sina

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Menyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.
2.     Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina
3.     Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.
4.     Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
5.     Menerangkan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.
6.     Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menghasilkan inovasi

KRITERIA PENCAPAIAN
1.     Nama sebenar al Husain bin Abdillah bin Al Hasan bin Ali bin Sina
2.     Berketurunan Turki
3.    Lahir pada 370 Hijrah/980 Masihi di Afshanah Bukhara,Turkistan.
4.     Meninggal dunia pada tahun 428H / 1037 M di Hamazan Iran

KRITERIA PENCAPAIAN 
Menyatakan sifat peribadi Ibnu Sina
1.     Tekun mempelajari ilmu
2.     Taat beragama dan sering berdoa
3.     Pintar dan cerdik
4.     Kreatif dan inovatif

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu.
1.     Mempelajari dan menghafaz al Quran sejak kecil
2.     Mempelajari pelbagai bidang ilmu dari ramai guru
3.     Membaca dan mengkaji berkenaan metafizik karangan Aristotle

KRITERIA PENCAPAIAN
Menjelaskan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
1.      Dalam bidang ilmu dan pemikiran
a)    Menghasilkan lebih 116 karya dalam pelbagai bidang ilmu dalam Muallafat Ibnu   Sina
b)   Semua buku tersebut dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah
c)     Semua buku tersebut diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Liga Arab
d)    Sebuah Institusi Pendidikan di Hungary dinamakan ‘Avicenna College’

2.      Dalam bidang perubatan
a)    Penemuan penyakit baru dan puncanya seperti pengaruh kuman,jangkitan virus sepeti TB,penyakit         Rubella,alahan,cacar dan penyakit jiwa
b)   Penemuan dalam bidang farmasi seperti mencipta ubat bius,menghasilkan ubat dan priskripsi yang mujarab untuk penyakit kronik
c)    Membangunkan teknologi perubatan seperti mencipta benang untuk menjahit luka dan picagari
d)   Mengarang kitab Al Qanun Fi Tibb iaitu kitab yang menghuraikan ilmu berkaitan perubatan yang diterjemahkan sebagai ‘Canon of Medicine” digunakan sebagai rujukan utama dala bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Frankfurt di Jerman,Universiti Paris dan Universiti Oxford.

KRITERIA PENCAPAIAN
Menerangkan iktibar daripada sejarah ketokohan Ibnu Sina.
1.     Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
2.     Rajin membaca,menyelidik,membuat kajian dan menganalisis ilmu
3.     Mendokumentasikan hasil kajian untuk rujukan orang lain

KRITERIA PENCAPAIAN
Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menghasilkan inovasi
Nilai :
Sentiasa mencontohi kegigihan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu

CADANGAN AKTIVITI
1.     Membuat kerja kursus
2.     Kajian perpustakaan
3.     Perbincangan dalam kumpulan

CADANGAN PENTAKSIRAN
1.     Nyatakan riwayat hidup Ibnu Sina secara ringkas.
2.     Nyatakan sifat peribadi Ibnu Sina yang wajar diteladani oleh seorang pelajar.
3.     Senaraikan sumbangan Ibnu Sina kepada tamadun Islam.
4.     Membuat folio lengkap tentang riwayat hidup dan sumbangan Ibnu Sina terhadap tamadun Islam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETA MINDA


Akidah Sem 2
AKIDAH SEMESTER 2 
KONSEP PAHALA, DOSA DAN TUNTUTAN TAUBAT 

Bahagian 1
Pelajar dapat :
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat
a. Menjelaskan konsep pahala dan dosa
b. Menyatakan pengertian pahala dan contoh
c. Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh
d. Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa
e. Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa

1. Menyatakan pengertian pahala dan contoh 
• Ganjaran yang dikurniakan Allah kepada mereka yang melakukan kebajikan dan mentaati perintahNya.
• Contohnya : Mendapat pahala apabila menunaikan solat
• Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya
• Contohnya : Balasan dosa kerana minum arak atau menderhakai ibu bapa

2. Menjelaskan pembahagian dosa beserta contoh 

Dosa besar iaitu kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.
Contohnya : Membunuh, minum arak dan mencuri Menderhakai ibu bapa, mengumpat dan memakan riba

Dosa kecil iaitu kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat Contohnya : Melihat aurat bukan mahram, bercakap perkara tidak berfaedah

3. Menjelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.

1. Bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan kebajikan.
2. Takut melakukan perbuatan maksiat dan perkara jahat.
3. Berusaha menambahkan ilmu untuk mengetahui perkara yang disuruh atau yang ditegah.

4. Berusaha menambahkan pahala dan menjauhi dosa 
  • Berbakti kepada ibu bapa dan guru. 
  • Sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakan. 
  • Melazimi istigfar. 
  • Menjauhi tempat-tempat yang terdapat unsur maksiat. 
  • Menjauhi rakan-rakan yang tidak berakhlak. 


Soalan :
1. Nyatakan pengertian pahala dan berikan contoh.
2. Jelaskan pembahagian dosa beserta contoh.
3. Jelaskan kesan beriman dengan konsep pahala dan dosa.

Bahagian 2:
Memahami dan konsep pahala, dosa dan tuntutan bertaubat
Pelajar dapat :
1. Menjelaskan dosa:
1. Menderhaka ibu bapa
2. Zina
3. Arak dan dadah
4. Riba
5. Judi
6. Mencuri
7. Memfitnah

2. Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut.
3. Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut
4. Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut
5. Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia

1. Menyatakan pengertian dosa-dosa tersebut
Menderhaka ibu bapa : Tidak mentaati perintah ibu bapa yang tidak bertentangan syarak, menyinggung perasaan dan berlaku kasar terhadap ibu bapa.

Zina : Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.

Arak dan dadah :
 Sejenis minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang di peram. Dadah ialah sejenis bahan yang menghayalkan dan menghilangkan daya fikir.

Riba : Pertambahan bayaran atau faedah dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis dan pertukaran matawang.

Judi : Pertaruhan yang melibatkan wang atau barangan.

Mencuri : Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin.

Memfitnah : Menuduh seseorang tanpa bukti.

2. Kesan melakukan dosa-dosa tersebut 
  • a. Mendapat balasan dosa dan akan diazab di akhirat. 
  • b. Menjatuhkan maruah diri, keluarga dan masyarakat. 
  • c. Menghilang kewarasan akal. 
  • d. Memecahbelahkan masyarakat dan memutuskan ikatan silaturahim. 


3. Cara menghindari perlakuan tersebut
a. Mendalami ilmu agama dan ketakwaan kepada Allah SWT.
b. Memilih rakan yang baik dan berakhlak mulia.
c. Meningkatkan amal ibadah dan menjauhkan amalan negatif.
d. Melazimi istighfar dan berdoa agar dijauhkan daripada dosa.

4. Meyakini bahawa Allah sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia
a. Sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberi.
b. Melazimi taubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.
c. Menjaga batas pergaulan dan memilih rakan yang baik.

Soalan :
1. Nyatakan pengertian dosa-dosa di bawah:
2. Menderhaka ibu bapa – • Zina - • Arak dan dadah - • Riba - • Judi - • Mencuri - • Memfitnah –
3. Menjelaskan kesan melakukan dosa-dosa tersebut.
4. Menerangkan cara menghindari perlakuan tersebut.
5. Menyediakan folio kesan-kesan judi dan zina dalam masyarakat.

Bahagian 3
Menjelaskan tuntutan taubat
a. Menyatakan pengertian taubat
b. Menjelaskan syarat-syarat taubat
c. Menjelaskan hikmah taubat
d. Melafazkan istighfar dengan betul
e. Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan

1. Pengertian taubat
Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya.


Maksunya: Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya..

2. Syarat-syarat taubat 
  1. Menyesal terhadap dosa yang dilakukan.
  2. Berhenti melakukan dosa. 
  3. Berazam tidak akan mengulanginya. 
  4. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain. 


3. Hikmah taubat 
  1. Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kepada Allah SWT. 
  2. Memberi ketenagan hati setelah bertaubat. 
  3. Mendapat keampunan dosa dan petunjuk Allah SWT. 
  4. Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Akan dikasihi oleh Allah SWT. 
  5. Mengembalikan ikatan silaturahim sesama manusia.

4. Melafazkan istighfar dengan betul Membaca lafaz: 

                            


5. Sentiasa menginsafi kesalahan yang dilakukan 


  • Mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara dosa. 
  • Mengamalkan istighfar dan taubat dalam kehidupan.

Selasa, 20 Ogos 2013

8 julai - ucapan selamat hari raya aidilfitri



hai pembaca my blog,

cerita ni pasal 8 julai 2013 yang dimana tarikh tersebut ialah tarikh hari raya aidilfitri bagi tahun 2013, hari  ni payish nak kongsikan cerita tersebut,, pada awalnya nak cerita pada awal syawal tapi tak sempat raya sangatkan,, sekarang ni ada masa sikit sebab da minggu ketiga da, sekolah pon da mula buka da, bukan nak kutip duit raya g kot kan,, so hari ni nampak gayanya line ni macam cepat jer,, tu la nak tulis hari ni tu,, ayish nak upload gambar tapi tahun ni x sempat ambik pic pon, dari raya pertama x sempat snap pic pon tu la tak de gambar raya tahun ni,, tapi yang tahun lepas punya ada, nanti ayish upload yer,

so dikesempatan ini ayish nak ucapkan selamat hari raya jer,, tapi dah masuk raya ke 13 da nak buat cam mana kan,, so anggap la cerita ni berlakunya pada 1 syawal yer..

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُ ...

Ramadan suda sampai ke penghujungnya 

Sebelum terlupa hajat nak disampaikan;

Sebelum orang berpusu² nak hantar ucapan;

Dan sebelum Network/Line Trafik Jam...!

Bagilah lori nie jalan dulu..
./TT__|""""""""""""|

'-'o'-'o'----'oo'----'Po0nn!! P0onn!!

Tepi2..Tepi2..

Saya membawa ucapan sebagai tanda ingatan disebabkan

> Bicara kadang² 

tak terjaga.

> Janji kadang² 

terabaikan.

> Hati kadang² 

berperasangka.

> Sikap kadang² 

menyakitkan.

0leh itu maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki.. 

Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •

•。★Hari Raya★ 。* 。° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚˚ ˛ •˛•˚ */______/~\

。˚ ˚ ˛˚ ˛ •˛• ˚ | ç”°ç”° |é–€| ˚

\aidil fitri mohon Maaf zahir dan Batin..,,

Gambar: ‎السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُ ...

 Ramadan suda  sampai ke penghujungnya 

Sebelum terlupa hajat nak disampaikan;

Sebelum orang berpusu² nak hantar ucapan;

Dan sebelum Network/Line Trafik Jam...!

Bagilah lori nie jalan dulu..

./TT__|""""""""""""|
'-'o'-'o'----'oo'----'
Po0nn!! P0onn!!
Tepi2..Tepi2..
Saya membawa ucapan sebagai tanda ingatan disebabkan

> Bicara kadang² 
      tak terjaga.
> Janji kadang² 
      terabaikan.
> Hati kadang² 
      berperasangka.
> Sikap kadang² 
     menyakitkan.
0leh itu maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki..          Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya★ 。* 。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | ç”°ç”° |é–€| ˚aidil fitri mohon Maaf zahir dan Batin..‎ 

SeLaMaT mEnYaMbuT haRi MerDeKa RaYa,,,kPda sMua rkyT mLySia 

yG BeragMa isLm n wRgaNegara mALaySia...mErDeKa...mErDeKa...mErDeKa.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa

Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata

Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa

Mohon kemaafan untuk segala-galanya 


Budak budak bermain mercun

Mercun dibeli dari Melaka

Kat otosip ramai awek cun-cun brows.

Lelaki pula hensem2 belaka laugh.


Kalau ada jarum yg patah

Jangan disimpan didalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan disimpan didalam hati...


Selamat hari Raya AidilFitri tulus ikhlas daripada saya farys syazwan serta keluarga,,,

daripada

Farys Syazwan

&

Fatyn Syafikah




Isnin, 15 Julai 2013

Birthday -Fatyn Syafikah Fadzil

Dear my blog,

malam ni tepat pukul 12 malam,, adalah hari selasa 16 julai 2013,, so maknanya hari lahir akak aku yang ke-28 tahun, dah tua dah rupanya, ermmm ,, jap nak upload gambar dia jap..


nie lah kak aku, nama dia fatin syafikah, just call atyn jer,,, walaupun dia tak la secomel kak ton kan,, tapi tetap comel bagi ku la,, kalau orang lain tak tahu la,, 

so sekarang ni bersempena dengan birthday dia aku dah bermacam-macam da cari sofware nak edit n buat video untuk dia,,, tapi banyak yang tak berjaya, ada yang sofware tak boleh download la ada yang tak boleh download n save la walaupun aku da edit cun da video tu, tapi nak wat cam mana kan da tak boleh download, kita redha jer la,,, esok petang ; aku dah dapat tahu da bahawa dia tak ada at umah, sebab dia pergi berbuka ngan kawan baek dia n akak angkat aku kan,, nak tengok gambar dia,, nanti payish upload kan yer,,, sabor jer lah,,
 kawan die nie pulak nama dia izza nabiela, tapi boleh jer panggil kak ton,, dua orang ni esok, mungkin ada at KFC gurun,,kalau korang jumpa dua orang nie korang wish lah birthday at yang pakai tudung tu,,,, 

ok,, conclutionnya di sini payish just nak wish birthday dia jer, happy birthday buat kakak tercinta ~Fatin Syafikah Fadzil~ from me,,, ~Faris Syazwan Fadzil

Nie ada payish sempat buat video at die sikit,,


Ayish Faris Here'Blog


Selasa, 9 Julai 2013

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

Bulan Ramadhan
Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Lafaz niat puasa 


Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013 
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Doa berbuka puasa


niat buka puasa 3 jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2013 1434h malaysia
Doa Berbuka Puasa
Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Doa Selepas Berbuka Puasa



Ayish Faris Here'Blog

Rabu, 5 Jun 2013

wish birthday

Hai pembaca blog ini semua,

kalau la kita kenal ngan artis kan, mesti best punya,,, kerjaya kita diorang wish, birthday kita pon diorang wish,, tengok la kak yana kawan ngan artis, ramai artis yang wish birhday dia yang ke-23 tahun hari ini,,,, kalau nak tengok artis wish tengok la dalam twitter die, banyak sangat antaranya Aar bukhari (ahli max 24:7), Zizi The fabulous cat, hazama, fauzana izana, shah iskandar, shae, kim max 24:7, zoey rahman, mierul max 24:7, hans max24:7 taiyuddin bakar, hairul azreen, nizam spider, dan banyak lagi la,, kalau nak tengok lagi cer ceroboh twitter die CLIK HERE,, bukan dekat twitter her malahan dekat youtube pon ada,, nak tengok,  

   

Wishes Birthday From Kaka Azraff

Wishes Birthday From Kamal Adli


Wishes Birthday From Asmidar


Wishes Birthday From Intan Ladyana


Wishes Birthday From Zain Saidin



Wishes Birthday From Dato Siti Nurhaliza


Wishes Birthday From Akim 

Itulah antaranya wish dari artis di youtube kepada kak yana, kan seronokan kalau dapat kawan ngan artis, birthday dapat wish,,

Selasa, 4 Jun 2013

Ladyz Yana

Hai kepada pembaca blog ini,

Baru-baru ini farys dapat kakak angkat yang sportting sangat,,, nama dia yana umo dia hari ini genap 23 tahun sebab hari ini,, hari lahir die,,, dia comel sangat, nak tengok rupa dia ini die,,

Rupa die dalam phofile Twitter cari die at Twitter @Ladyzyana n rajin-rajinla clik button follow erk,,

Rupa dia masa at phofile Facebook nanti korang add dia atau follow die at Facebook

Tak rugi farys dapat kakak macam dia spotting sangat dan die salalu hang out ngan artis,,, dan die ajak farys jugak hang out g Kl untuk karaoke hari sabtu ini,, walaubagaimanapun farys tak pergi sebab jauh dan hari ahad tu pon da nak sekolah da,, lain kali jer la yer akak,, dan die jugak rapat sangat ngan artis tak percaya tengok ni,
                      

Sebenarnya banyak lagi gambar die ngan artis ni suku jer,, terlalu banyak sangat artis yang tak upload dalam ni antaranya asmidar, didie alias, nubhan, mila af, nurul af, awie rafael, ahli max 24:7, akiem af, ana mentor, ramlah ram, Liyana Jasmay, haliza abdullah (enot), altimate, one nation amscees, adira, kaka ashraf, black, cat farish, syifa, akasha, shada amzah, kumpulan Sleeq, along raja lawak, ag, dafi, dan banyak lagi la artis-artis malas aku nak tengok satu-satu dalam fb die dan banyak gak artis yang aku tak kenai, untuk mengetahui lebih lanjut CLIK SINI


Ayish Faris Here'Blog